top of page
IMG_20181003_162223.jpg

Kenapa perlu DETOX?
 

Tujuan melakukan detox adalah menjadikan wajah menjadi lebih sihat, bagi membuang sisa-sisa kimia berbahaya yang masuk kedalam kulit wajah melalui kosmetik, atau bahan-bahan pencerah dari lingkungan yang mengandungi bahan-bahan merbahaya.


Detox merupakan salah satu caranya untuk merehatkan sistem kulit hingga ke dalaman. Proses detox adalah proses untuk membuang toksik dlam kulit.


Manfaat detox secara spesifik adalah untuk membuang sel kulit mati sekitar wajah yang bemanfaat supaya kulit menjadi lebih fresh.

Antara asbab detox yang biasa kita dapat adalah:

Menyuburkan Kulit

Tanah liat ini kaya dengan mineral yang bermanfaat untuk kulit, terutamanya silika (lebih kurang 57%) dan Magnesium (lebih kurang 25%). Silika merupakan elemen penting dalam pengeluaran kolagen dan sering digunakan dalam formulasi kulit. Magnesium adalah mineral penting untuk badan dan mudah diserap oleh kulit. Magnesium melindungi daripada kerosakan radikal bebas yang menyebabkan penuaahn dan melindungi terhadap keradangan yang disebabkan oleh alahan dan jerawat. Magnesium adalah mineral yang bertanggungjawab untuk manfaat terapeutik yang terkenal dari Epson Salt.

Merawat Jerawat / Detoksifikasi

Moroccan Lava Clay Powder ini juga berfungsi dengan pertukaran ionik. Ianya boleh membantu mengeluarkan kekotoran yang di dalam kulit, juga sangat menyerap dan merupakan rawatan yang sangat berkesan untuk kulit berminyak.

Exfoliates / Menegang/ Melembutkan

Zarah-zarah tanah liat kecil perlahan-lahan membersihkan kulit, mengeluarkan sel-sel kulit mati dan mengetatkan liang-liang. Penggunaan tanah liat ini secara teratur akan membawa kepada kulit yang licin dan merata.

Sesuai untuk kulit sensitif

Ianya telah digunakan selama lebih kurang 1000 tahun, dan diterima dengan baik oleh semua jenis kulit. Mineral di dalam tanah liat ini boleh membantu mengurangkan keradangan tanpa menjengkelkan atau mengeringkan kulit.


Kandungan khasiat semula jadi mampu membantu anda mendapatkan kulit wajah yang diimipikan Morrocan lava clay powder bertindak dari dalam, membuang sisa toksik dari pemakaian kosmetik yang mengandungi hyrdokuinoin dan merkuri sekali gus membekalkan nutirsi kepada kulit dan memberi kesan kepada kulit anda dari dalam.


Secretleaf Moroccan Lava Clay Powder adalah mineral tanah liat yang diimport terus dari Morocco.Ianya digunakan oleh wanita Morocco sejak zaman dahulu untuk membersihkan kulit, rambut dan kulit kepala secara mendalam..


Moroccan lava clay ni, kita panggil sebagai tanah liat terbaik di dunia. Banyak mineral dan boleh "sedut" kotoran pada muka. Dihasilkan dari tanah liat Stevensite yang telah terbentuk dari lava gunung berapi dan diambil ruang di bawah Pegunungan Atlas di Maghribi.


Selepas pengekstrakan, tanah liat tulen ini dibasuh dan dikeringkan di bawah sinar matahari, dan kemudian diproses menjadi serbuk halus. Ia dianggap sebagai tanah liat yang terbaik di dunia kerana kandungan mineralnya yang sangat tinggi dan keupayaan untuk menarik keluar kekotoran.


Tanah liat ini adalah tanah liat pilihan di spa dan salon mewah di seluruh dunia dan sering dimasukkan ke dalam rawatan Hammam treatment, memang akan guna tanah liat jenis ni.

Bahan 100% Moroccan Lava Clay Powder
 

Sebelum nak tukar produk skincare. Tenangkan kulit dahulu.

Buzz

IMG_20181003_160113.jpg

Mengapa perlu Secretleaf Pure Oil Series 01 untuk kulit wajah.

Kami selalu terima dari customer bila kami suggest mereka untuk restkan kulit sebelum berniat untuk menggunakan mana-mana produk sekali pun.

Kenapa kami suggest macam tu, sebab kami risau kulit mereka akan ada tindak balas disebabkan bahan aktif yang mereka pakai sebelum ni bertembung dengan bahan aktif baru. 

Sebenarnya guna detox, kemungkinan kulit akan jadi gelap dan kusam, bukan tidak bagus malah memang sangat sangat bagus kerana kulit berjaya mengeluarkan sisa-sisa kekotoran bahan kimia yang tersumbat dalam dasar kulit (basal layer).

Bagi mengelakkan kulit breakout, kami suggest dengan menggunakan Argan oil pure organic

Secretleaf Pure Oil Series 01 Organic diekstrak dari pohon Argan (Argania spinosa) hanya boleh didapati di Benua Afrika, yang berkeupayaan tinggi untuk melambatkan kesan-kesan penuaan dan menghilangkan parut serta .

Argan oil mengandungi kandungan Vitamin E dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan pure Oil Series 01 telah terbukti 4 kali vitamin E jauh lebih baik daripada minyak zaiton.

Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an.

Fungsi SecretLeaf Pure Oil Series 01:

Menganjalkan kulit, mencegah kedutan dan garis-garis halus.

 

Mengurangkan jeragat jerawat, parut serta kesan regangan selepas bersalin.

 

Melembapkan kulit dengan serta merta melindungi kulit dari bahaya sinaran UV

 

Memulihkan rambut rosak dan bercabang, menyihatkan kulit kepala, serta membantu mengurangkan keguguran rambut.

Secretleaf Pure Oil Series 01 Organic Argan Oil disahkan Halal oleh Jakim, Malaysia.

50777200_357601785054678_568464882984917

5 TAHUN, BELUM TENTU BOLEH PULIH.!!

Begitu hebat kesan merkuri dan hidroquinon.

Ini kisah seorang prospek yang menghubungi kami baru - baru ini.

Pada asalnya beliau menggunakan produk luar negara. Memandangkan pekerjaan beliau bukan calang - calang juga.

Tapi gelombang produk tempatan yang melanda negara sekitar awal tahun 2000 membuatkan beliau turut hanyut apabila dihujani dengan testimoni - testimoni dan iklan di corong radio dan kaca TV.

Kerana mahu putih dan gebu, dicubanya satu produk tempatan yang sangat terkenal pada masa itu, siapa tahu, mungkin menjadi.

Pada peringkat awal, perubahan memang dapat dilihat dengan cepat, 

Wajah beliau semakin cerah. 

Beliau sangat gembira bila kawan-kawan mula menegur perubahan yang beliau alami.

Dari pengguna produk import, beliau kini telah menjadi pengguna tegar produk tempatan.

Sehinggalah satu demi satu produk tempatan ini ditarik semula kelulusan KKM.

Termasuk yang digunakan oleh beliau.

Pada peringkat ini, negara baru sahaja dikejutkan dengan penggunaan hidroquinon dan merkuri dalam produk pencerahan.

Niat di hati mahu berhenti menggunakan produk-produk sebegini,

Tapi apabila beliau mengetahui bahawa kulit akan menjadi teruk apabila berhenti menggunakan produk sebegini, niat itu dipendamkan sahaja.

Dari satu ke satu produk tempatan beliau gunakan dengan harapan, 

"Harap-harap inilah produk yang boleh pulihkan semula kulit aku ni"

Setelah sekian lama, akhirnya pada bulan lepas, beliau mengambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya menggunakan produk tanpa kajian ini.

Itupun setelah dinasihatkan oleh perunding kecantikan di sebuah saloon.

Setelah diperiksa diimbas di bawah alat pengimbas jeragat, kelihatan satu tompok jeragat besar (MELASMA) sedang menunggu masa untuk muncul.

Inilah kehebatan hidroquinon dan merkuri.

"KULIT CERAH DALAM 7 HARI!".

Tapi dalam masa sama membunuh sel dan menghilangkan "skin barrier function".

Hilangnya skin barrier function menyebabkan UV menembusi terus ke bahagian basal layer dan membentuk jeragat yang lebih tebal di bahagian dalam kulit.

Satu - satunya sebab jeragat ini tidak kelihatan ialah disebabkan produk kimia yang berterusan mengikis permukaan kulit.

2 minggu selepas berhenti menggunakan produk seperti ini, yang ditakuti pun berlaku.

Melasma kini meliputi sebahagian besar kulit wajahnya.

Namun perubahan ini dihadapi dengan tabah demi mengelakkan kulitnya menjadi semakin parah.

Pada peringkat ini, merawat jeragat / melasma sudah menjadi keutamaan kedua.

Yang penting ialah untuk memulihkan keadaan kulit beliau supaya kembali sihat seperti 7 tahun lalu, sebelum beliau mula menggunakan produk berbahaya.

Kami sarankan beliau supaya menggunakan cleanser argan yang lembut dan memulihkan kulit. 

Argan Oil yang mengandungi 4 kali lebih vitamin E berbanding minyak zaitun akan membantu dalam proses pemulihan.

Manakala Moroccan Lava Clay yang digunakan sebagai mask 2 kali seminggu sebagai mask akan "menyedut" sisa bahan berbahaya dan membekalkan mineral untuk menyegarkan semula kulit.

Semoga kulit beliau akan pulih seperti sedia kala, insyaAllah. Nak beli produk skincare terlajak murah? Fikirkan semula.

Join our mailing list

Contact Us:

​

0199410274 - ADMIN.

Monday - Friday: 9am - 5pm   /  secretleaf.info@gmail.com

  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon

© 2023 by PURE. Proudly created with Wix.com

bottom of page