BAHAN 'NATURAL' YANG DIGUNAKAN DALAM SKINCARE UNTUK KECANTIKAN JANGKA PANJANG.
- Secretleaf2u.com Info
- Jan 16, 2019
- 5 min read

Ramai yang berkata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, kulit
yang terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga biasa
menjadi punca kemunculan jeragat ini.
Kini, penggunaan produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi
semakin digemari dan popular di kalangan pengguna. Ini adalah kerana
ramai pengguna beranggapan atau mempercayai bahawa produk
kosmetik sebegini adalah lebih selamat dan kurang atau tiada sebarang
kesan sampingan berbanding dengan produk kosmetik yang mengandungi
bahan sintetik.
Disebabkan ramai pengguna berfikiran bahawa ‘bahan semulajadi menjamin
keselamatan’, maka telah menjadi satu trend pengilang-pengilang produk
kosmetik berusaha untuk menggantikan bahan-bahan sintetik dengan
bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan produk kosmetik bagi
memenuhi kehendak pengguna.
Jadi, adakah produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi lebih
selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik? Ia tidak semestinya.
Bukan semua pengguna sesuai dengan produk kosmetik semulajadi
terutamanya pengguna yang berkulit sensitif. Ini adalah kerana
terdapat bahan semulajadi seperti minyak pati yang berasaskan
tumbuhan mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan irritasi
pada kulit seperti gatal-gatal dan kepedihan terhadap sesetengah individu.
Pendek kata, semua bahan samada bahan-bahan semulajadi atau sintetik
ada kebaikan dan keburukannya. Semua produk kosmetik yang mengandungi
bahan-bahan tersebut tidak terkecuali daripada penilaian keselamatan ke
atas kesihatan manusia secara menyeluruh seperti yang telah ditetapkan
dalam keperluan dan peraturan kosmetik di Malaysia bagi memastikan
keselamatan produk kosmetik.
Namun begitu tidak perlu risau kerana masih belum terlambat untuk melakukan
langkah - langkah pemulihan. Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat
100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan.
Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan
variasi krim dan serum pemudar jeragat, menggunakan ekstrak tumbuhan natural tanpa
menggunakan campuran bahan kimia yang terlarang.
Antaranya dengan menggunakan sumber tumbuhan seperti.
Mulberry
Adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari. Mulberry merupakan
tumbuhan asli yang terkenal di Jepun. Bahkan manfaat buah ini untuk kecantikan kulit
sebenarnya telah dikenal sejak lama.
Kandungan nutrisi dan anti-oksidannya memiliki banyak manfaat bagi kulit, Mulberry
memiliki kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melawan "aneka"
radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan. Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah dengan penggunaan secara teratur.
Anthocyanin ialah sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang kuat dan jarang ada dalam buah lain, fungsinya mampu memperkuatkan daya ketahanan kulit dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah.
Ini antara sebab kenapa esktrak buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan
dan produk pencerahan.
Alpha Mangostin
Alpha mangostin atau dikenali dengan nama Alpha Mags ialah satu bahan yang didapati dari ekstrak kulit manggis. Kulit manggis yang mengandungi pelbagai zat seperti xanthone, alpha mangosteen, beta mangosteen, antosianin, dan lain-lain sememangnya diperakui tinggi anti oksidan. Zat-zat ini berperanan aktif dalam membentuk sistem kekebalan tubuh, anti inflamasi, anti bakteria, termasuk untuk kecantikan, dan banyak lagi.
Didapati mampu mengawal aktiviti penghasilan melanin, berkesan mencerahkan kulit dengan selamat berbanding ejen aktif lain selain mempunyai khasiat terbaik untuk merawat kebanyakan masalah kulit wajah.
Peptide
Peptide diperkasakan dengan penggalak kolagen, berfungsi meningkatkan
tahap kolagen & elastin kulit sehingga 50% lebih tinggi untuk keanjalan kulit seumpama
usia remaja. Mengehadkan konsentrasi melanin sangat exclusive pernah memenangi anugerah
antarabangsa.
Pencerahan intensif lebih tepat dan spesifik pada tompok jeragat dengan konsentrasi
peptida pencerah yang tinggi. Dalam satu kajian membabitkan 23 sukarelawan berumur 33-55 tahun menggunakan krim mengandungi 5% bahan aktif selama 56 hari, menunjukkan kesan ketara selepas 4 minggu dengan 100% mengakui perubahan pada kulit.
Aloe Vera
Kini banyak syarikat kosmetik menggunakan gel dan bahan-bahan daripada lidah buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel lidah buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.
Khasiat lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Gel daripada lidah buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan gel lidah buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah. Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa proses penyembuhan luka terbakar, parut atau keradangan akibat jerawat yang sederhana atau yang teruk tidak ambil masa lama untuk sembuh apabila luka selalu disapu dengan gel lidah buaya. Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel lidah buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh.
Arbutin
Arbutin yang sering digunakan dalam serum pemutih wajah dan krim ataupun masker pemutih wajah yang begitu terkenal di Jepun sebagai ajen pencerahan berasal daripada pokok Mulberry.
Malah brand terkenal Jepun iaitu Shiseido juga menggunakan arbutin sebagai bahan aktif dalam produk whitening mereka. Fungsi Arbutin jauh lebih hebat dari 'hidroqunion'.
Arbutin berfungsi menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakan pembetukkan melanin iaitu pigment pada kulit).
Jenis arbutin yang berkembang dalam industri kecantikan ada 2 jenis. Alpha arbutin dan beta arbutin. 1. Alpha Arbutin Alpha Arbutin lebih sering digunakan pada skincare pemutih kulit berbanding dengan Beta Arbutin. Secara umumnya diperolei dari pokok mulberry. Fungsinya untuk memberikan wajah cerah semulajadi tanpa celaan dengan mengurangkan kesan jeragat, parut serta memberikan tona kulit lebih sekata.
Alpha Arbutin ini turut memberi kelembapan pada kulit wajah. Menurut beberapa penelitian, Alpha Arbutin bertindak lebih optimal berbanding dari Beta Arbutin.
2. Beta Arbutin
Beta Arbutin adalah turunan dari Alpha Arbutin. Beta Arbutin ini memiliki manfaat utama menghalang hiperpigmentasi kulit, memudarkan flek hitam, mengatasi wajah kusam dan tentunya membuat warna kulit jadi lebih cerah merata. Beta Arbutin juga diperoleh secara alami dari pokok mulberry. Namun khasiat dari Beta Arbutin ini tidak sehebat Alpha Arbutin.
Memang ramai yang menggunakan arbutin di dalam produk, tetapi tidak ramai yang menggunakan alpha arbutin di dalam produk. Ini kerana alpha arbutin adalah jauh lebih mahal daripada beta arbutin. Ujian klinikal membabitkan 60 sukarelawan menggunakan krim mengandungi 1% alpha arbutin menunjukkan kesan pencerahan yang lebih baik berbanding beta arbutin, kojic acid dan Hydroquinone dalam tempoh 1 bulan. Kesan alpha arbutin kekal dalam tempoh kajian selama 3 bulan. Arbutin tidak merosakkan sel kulit seperti hydrokuinon dan merkuri yang bukan sahaja memusnahkan sel-sel kulit yang sihat malah meningkatkan kandungan toksik di dalam sel. Arbutin membantu menyekat penghasilan pigmentasi kulit dengan berkesan melalui kajian in-vitro. malah penggunaan secara konsisten mampu memberi kesan pencerahan kepada kulit. Selain itu, terdapat kompaun aktif lain yang kerap digunakan dalam produk whitening. Diantaranya adalah:
Niacinamide
Niacinamide atau juga dikenal nicotinic acid adalah nama lain dari vitamin B3. Niacinamide ini juga sering ditemukan pada produk brightening skincare. Fungsinya adalah melembabkan wajah dengan cara merangsang ceramide (lapisan lemak) pada kulit. Selain itu juga membantu meningkatkan keanjalan kulit serta mencerahkan wajah.
Alpha Hydroxy Acid (AHA) Alpha hydroxy acid (AHA) ini juga tidak jarang digunakan dalam penjagaan kulit tempatan dan jangka panjang. Fungsinya adalah untuk membantu pertumbuhan semula sel-sel kulit dan menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik gelap. Asid askorbik
Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C. ianya ini sering digunakan sebagai bahan aktif untuk produk serum pemutih wajah. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang berkesan melindungi kulit dari pendedahan kepada radikal bebas. Vitamin C adalah kunci kepada tips untuk kecantikan. Kojic Acid Asid kojik biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit Jepun. Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Bahan aktif ini memainkan peranan dalam menghalang pigmen kulit yang berlebihan. Pada awalnya asid kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan asid kojik memyebabkan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. Kajian menunjukkan kojik sesuai untuk kulit pigmentasi seperti melasma dan bintik hitam. Sifat kojik yang berasid, mungkin berasa gatal sedikit diperingkat awal penggunaan. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin. Berikut serba sedikit huraian mengenai bahan pencerah dalam skincare. Semoga semua maklumat ini dapat manfaat dan menambah pengetahuan tentang dunia skincare. Kami memahami kerisauan anda kerana pelbagai produk di dalam pasaran yang semakin mengelirukan. Semoga bermanfaat dengan perkongsian ini. :)
Comments