IMMEDIATE EFFECTS PRODUCTS! APA NASIHAT PAKAR?
- Secretleaf2u.com Info
- Jan 16, 2019
- 2 min read

Produk mengandungi bahan terlarang atau beracun memberi kesan segera. Ia mengembirakan pengguna.
Pasaran negara kini dilambakkan dengan pelbagai jenama produk kecantikan. Jika dulu, hanya iklan jenama import muncul di kaca televisyen, tetapi kini produk kecantikan tempatan dapat bersaing dengan iklan jenama luar dari segi kekerapan siaran.
Tidak dinafikan usahawan mendapat hasil lumayan daripada jualan produk kepada pengguna yang mendambakan kecantikan, sesetengahnya tanpa risaukan kandungan bahannya. Pengusaha pula tidak mengenal usia, malah golongan muda seawal 20-an pun berjaya menjadi pengeluar.
Tidak hairan jika ia menimbulkan keraguan di hati sesetengah pihak. Sejauh manakah ilmu dan kefahaman pengusaha dalam bidang formulasi bahan produk kecantikan serta kesannya?
Memang ada banyak jenama tempatan di pasaran, kebanyakannya bergantung kepada kepakaran pihak lain untuk melakukan kajian dan penyelidikan. Namun lebih malang apabila mereka sendiri tidak mengetahui tahap keselamatan kandungan bahan yang digunakan. Masalah timbul pada produk yang membabitkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidroquinon, tritenoin dan seumpamanya kerana ia boleh merosakkan kulit.
Semua produk yang dihasilkan pada dasarnya wajib mendapat kelulusan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), walaupun produk daripada
bahan apa sekalipun termasuk kimia mestilah pada kadar selamat untuk
kegunaan di kulit. Masalahnya di negara ini, penguatkuasaan belum begitu
ketat dari segi pemantauan penggunaan bahan dalam produk kecantikan
sedangkan peraturan di negara seperti Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat.
Misalnya sesetengah bahan seperti asid kojic masih diguna berleluasa di negara ini, tetapi diharamkan penggunaannya di negara berkenaan.
Mengapa produk yang mendapat kelulusan KKM, kemudian ditarik balik daripada pasaran?
Ia sering berlaku sewaktu penghantaran sampel produk untuk permohonan
selamat, tetapi mungkin bahan terlarang dimasukkan kemudian iaitu di peringkat pengilangan.
Ini kerana pengguna gemarkan produk yang memberi kesan ketara pada kadar segera, justeru, harus berhati-hati memilih produk.
Kesan guna produk kosmetik mengandungi bahan terlarang? Apakah pula perbezaan menggunakan produk bersumberkan bahan semula jadi?
Produk mengandungi bahan terlarang atau beracun memberi kesan segera. Ia mengembirakan pengguna, namun tanpa disedari bahan itu sebenarnya
menghakis lapisan kulit yang mengandungi melanin. Pigmen melanin memang membuatkan kulit gelap, tetapi ia penting sebagai pelindung lapisan kulit bawah.
Penggunaan berterusan boleh membuatkan kulit terkopek atau koyak. Apabila lapisan melanin terhakis bermakna permukaan kulit sudah rosak, tiada lagi perlindungan terhadap sinaran UV, justeru, ia sukar dipulihkan. Ini seterusnya mendedahkan lapisan kulit bawah yang sensitif terhadap cahaya. Lama-kelamaan, boleh timbul kesan hitam atau jeragat tebal. Apabila kulit sudah nipis, individu berkenaan pantang terdedah kepada cuaca panas dan sinaran UV bagi mengelak masalah lebih teruk. Kesan paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan keradangan dan kanser kulit.
Maksudnya, produk berasaskan bahan kimia berbahaya tidak bertindak mencantikkan kulit secara semula jadi, sementara penggunaan sumber alam bertindak dengan cara memulihkan iaitu menggantikan sel lama dengan yang baru serta merawat secara semula jadi dari dalam.
Pengguna boleh membuat semakan sendiri dengan merujuk kepada laman sesawang National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang menyenaraikan produk disahkan mempunyai bahan beracun dan dilarang, http://npra.moh.gov.my/ dan semak di bawah tajuk kosmetik.
Comments